Buka parlimen : Peguam Negara tegaskan Agong mesti ikut nasihat menteri

Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri berhubung langkah memanggil sidang Parlimen, kata Peguam Negara Idrus Harun.

Perkara itu katanya, adalah menurut Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Malah selain itu beliau berkata, tarikh mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara juga ditentukan oleh Jemaah Menteri.

sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/25/sidang-parlimen-agong-hendaklah-terima-ikut-nasihat-jemaah-menteri-kata-peguam-negara/

Sementara itu, Jawatankuasa Tamat Darurat yang ditubuhkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang berpandangan Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil persidangan Parlimen tanpa nasihat Perdana Menteri dalam tempoh darurat.

Pengerusi jawatankuasa itu yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad, berkata Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong memanggil sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa perlu menunggu nasihat Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau memohon Yang di-Pertuan Agong memanggil sidang Parlimen pada bulan depan.

“Jawatankuasa Tamat Darurat berpendapat, Seksyen 14 dan Seksyen 15 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menetapkan tarikh yang sesuai memanggil sidang Parlimen tanpa perlu nasihat Perdana Menteri, sekiranya Perdana Menteri lambat atau ingkar.

“Sehubungan itu, patik semua memohon Yang di-Pertuan Agong memanggil sidang Parlimen pada bulan Julai, iaitu ketika darurat masih berjalan,” katanya dalam satu kenyataan

sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/828853/agong-boleh-panggil-sidang-parlimen