Setelah 10 tahun berkahwin kami tidak dikurniakan anak bahkan bukan alasan itu berkahwin lagi kerana dia yang mempertemukan suaminya itu dengan madunya.
Amat berat untuk bermadu segelintir wanita menerima poligami, namun Chinta Arjuna pula sebaliknya.
Sanggup melamar kenalan lama dan jirannya, Eija sebagai isteri kedua buat suaminya, Arjuna.
Si isteri Chinta, 37, juga yang menguruskan majlis perkahwinan suami dan madunya hingga mereka diijabkabulkan pada 28 Jun lalu di Masjid Al-Husna, Bandar Tenggara Kulai baru-baru ini.
Ditakdirkan, majlis pernikahan itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-10 perkahwinan dia dan Arjuna, 39, serta hari kelahiran suaminya itu.
Mengikat tali pertunangan serta sesi taaruf suami dan madunya kira-kira sebulan sebelum majlis bukan kerana tidak dikurniakan anak.
Setelah berkahwin sejak 10 tahun lalu namun belum ada rezeki dikurniakan zuriat walaupun pernah berikhtiar dengan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF).
Beliau dan madunya sebenarnya kenalan lama dan tinggal dalam kejiranan sama selalu berhubung melalui WhatsApp kerana dia pernah jadi ejen dan dropship perniagaan malah sudah menganggapnya seperti adik.
Madunya juga kenal suami dan pernah jumpa namun setakat kenalan sehingga satu hari, beliau mesej dia (madu) tanya mahu atau tidak kahwin dengan suami.
Madu ingat saya bergurau dan tanya juga kenapa saya luahkan hasrat itu namun selepas terangkan, baru dia faham.
Katanya, dia terima kerana berasa saya ikhlas dan ingin menjaga maruahnya.
Menjodohkan Eija, 33, dengan suaminya adalah kerana mahu membantu madunya yang berstatus ibu tunggal sebelum ini daripada menjadi mangsa fitnah dan gangguan lelaki.
Selepas madunya bersetuju, barulah Chinta luahkan hasrat itu kepada suaminya.
Suami tanya kenapa beri dia kahwin lagi kerana baginya, perkahwinan bukan boleh dibuat main memandangkan perlu galas tanggungjawab.
Tapi suami terima juga akhirnya selepas saya terangkan niat sebenar. Memang ada yang persoalkan kenapa saya izinkan suami kahwin lagi dan alasan saya adalah kerana suami tak curang serta membelakangi saya.
Sebenarnya, saya saja sunting gambar kemudian muat naik di TikTok untuk imbas semula kisah kami berdua.
Niat saya juga nak hargai suami kerana teringat pengorbanannya tunggu saya kerana tujuh tahun kami bercinta sebelum berkahwin.
Jujurnya, tak sedih cuma mereka yang datang waktu majlis perkahwinan suami menangis jadi saya ikut sama sebak kerana terharu ,” katanya di Harian Metro.
Baca juga: Buat badan sampai 6 kali seminggu, tahu-tahu anak dah besar-Hairul Azreen bersara dunia lakonan