Berani mati! Demi content, Youtuber sanggup hempaskan pesawat persendirian

Seorang juruterbang di Amerika Syarikat (AS) telah dipenjara selama enam bulan setelah sengaja membuat pesawatnya terhempas demi mendapatkan perhatian dan tontonan masyarakat di saluran YouTube.

Trevor Jacob juga memberikan keterangan palsu kepada penyiasat ketika disoal siasat berhubung nahas tersebut sebelum akhirnya mengaku melakukan perbuatannya.

Dalam video yang berjudul “I crashed my airplane”, pesawat yang dikendalikan oleh Jacob kelihatan mengalami masalah enjin semasa terbang melintasi selatan California pada November 2021.

Video tersebut menunjukkan Jacob, yang kini berusia 30 tahun, melakukan terjunan payung dari pesawat bersama-sama dengan monopod sebelum mendarat di Hutan Negara Los Padres.

Kamera yang diletakkan di seluruh pesawat menunjukkan ia berputar di luar kawalan, sebelum terhempas.

Baca juga: Wow! Tak sangka guna sudu sejuk pun boleh hilangkan eyebag, cuma sejukkan 5 minit je