Bukan biawak hidup ok! Adik Shila Amzah dedah apa pekerjaannya rupanya dia…

Ekoran kisah pertelingkahannya dengan Shila Amzah berkaitan isu rumah mereka, adik kepada Shila Amzah iaitu Amir Syafiq, telah dilabel sebagai biawak hidup.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menulis komen meminta anak kedua ND Lala Syafiq untuk bekerja dan duduk di rumah sendiri, tidak terus mengharapkan kakaknya itu.

Kerana terlalu ramai yang tanya, akhirnya Amir Syafiq telah menjelaskan pekerjaannya. Syafiq yang kini berumur 30 tahun memberitahu bahawa dia turt terlibat dalam dunia seni.

Namun Syafiq hanya berada di belakang tabir saja.

Ini kenyataan dari Syafiq tentang pekerjaannya.

“Aku kerja sebagai soundman dan juga buat lighting. Aku pun terlibat dalam industri seni ni juga, tapi hanya kerja belakang tabir. Dan pada 19 haribulan ini aku akan pergi China.”

Selain itu, Syafiq juga menyatakan adik bongsunya iaitu Syada Amzah pun ada kerja sendiri.

“Aku ada kerja, Syada pun ada kerja. Kami sara hidup sendiri.”

“Kucing kat rumah ada 40 ekor. Aku beli makanan kucing, dan ada bayar bil internet.”

“Orang luar ni sekarang terlalu taksub. Aku ini orang biasa saja, dan dah kena tindas. Apapun aku tetap bersyukur kepada Allah sebab bagi kelebihan untuk menyayangi mak.”

Dalam pada itu, Syafiq juga menyatakan sebelum ini dia ada menyewa sendiri namun telah kembali duduk di rumah berkenaan setelah hubungan ibu bapanya bermasalah.

“Sebelum ni, aku tak tinggal pun di rumah itu. Masa tu, aku tinggal di area Balakong.”

“Masa mula-mula pandemik, aku dah start tinggal sendiri. Tapi masa kejadian banjir, aku balik kat rumah.”

“Selepas banjir, bapa dengan mak aku hubungan tak berapa baik. Bermula situ aku duduk dengan mak. Masa tu aku jaga mak aku. Mana Shila Amzah?”

Selain itu, melalui beberapa posting, Syafiq juga dilihat ada membuat persembahan busking bersama rakannya, mungkin ini juga adalah salah satu punca pendapatannya.

Itulah penjelasan dari adik Shila Amzah iaitu Amir Syafiq tentang pekerjaannya.

Sementara itu, adik bongsu Syada Amzah juga ada mengatakan dirinya pun sudah lama bekerja dan tidak mengharapkan dari keluarganya saja.

“Saya kerja sejak 13 tahun, dan dah sara diri sejak umur 15 tahun, kalau tunjuk slip bank nanti kata riak pula.”

Itulah komen dari adik beradik Shila Amzah tentang dakwaan tidak bekerja dan hanya mengharapkan dari kakaknya itu.

Baca juga: Siapa sangka dialog sitcom Pi Pi Mai Tang Tu oleh Sabri Yunus buat Lucy akhirnya jadi realiti