Bukan hanya Farah Kartini, ini antara mangsa hilang dan bunuh yang gemparkan Malaysia

Pagi ini negara digemparkan dengan penemuan seorang wanita yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu. 

Nur Farah Kartini, 25 tahun ditemui mati dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang. 

Pihak polis turut menahan teman lelaki suspek yang juga warga tempatan untuk membantu siasatan. 

Sedih untuk diakui, namun kes seperti ini pernah berlaku apabila mayat mereka ditemukan mati selepas berita kehilangan tersebar di media sosial. 

Zayn Rayyan:

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman di Damansara Damai dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Ibunya, Ismanira dan juga bapa Zain Ikhwan Zahari merupakan suspek utama dan dituduh di mahkamah atas pengabaian anak secara terang terangan hingga menyebabkan kanak-kanak itu kehilangan nyawa. 

Bella:

Mila Shamila Samsusah atau dikenali sebagai Bella dilaporkan hilang dari kedai dobi ketika mengikut teman lelakinya keluar seperti dakwaan kakak mangsa. 

Bella yang juga ibu tunggal ditemui hanya tinggal rangka di sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah. 

Suspek utama kes tersebut ialah teman lelaki mangsa Mohammad Haikal Mahfuz, 24 yang dituduh di bawah seksyen 302 kanun keseksaan. 

Baca juga: Resepi mudah sos viral Sukiya, janji ada 7 bahan ini ‘confirm’ menjilat jari