Pelakon, Zarina Anjoulie baru-baru ini berkongsikan khabar terkini tentang dirinya yang baru sahaja membuat pembedahan hidung.
Menerusi laman Tiktok, Anju berkongsikan video dirinya sedang berada dalam bilik pembedahan dan hidungnya juga dilihat berbalut.
Pelakon itu dengan gembira memberitahu dirinya membuat permbedahan hidung untuk membuang benjolan di atas tulang hidung.
Namun, pasti ramai yang tidak mengetahui sebenarnya wanita ini turut pernah melakukan pembedahan potong usus untuk mendapat berat badan yang diingini.
“Sebab ramai yang tidak buat begitu jadi apa salahnya kalau saya yang buat. Tapi apa yang membuatkan saya rasa hina adalah artis yang potong usus tapi ‘claim’ menjaga pemakanan namun selepas itu jual produk,” ujarnya ringkas.
Dirinya turut mengakui membuat pelbagai pembedahan di bahagian badan dan bukan di muka.
Anju turut mengatakan dirinya tidak perlu berasa malu kerana ia bakal memberi manfaat kepada orang ramai.
Baca juga: Terkejut bila tahu identiti sebenar ayah Aisyah Hijanah, rupanya pernah menjadi buruan kerajaan