Ramai yang kurang pasti dengan hak serta keistimewaan orang melayu serta bumiputera di negara kita hingga ada kalanya orang melayu sendiri mahu memecahkan dominasi tersebut.
Baru-baru ini di parlimen juga ada menyebut tentang memecahkan dominasi orang melayu di dalam Universiti Teknologi Mara hingga menimbulkan kegusaran orang ramai.
Namun, jangan khuatir kerana segala hak serta keistimewaan ini adalah termaktub dalam Perkara 153 yang turut memperincikan segala info buat bangsa melayu di tanah air sendiri.
Antara hak orang melayu serta bumiputera di Malaysia ialah:
1. Kuota kemasukan serta jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam;
2. Biasiswa, danasiswa; dan
3. keistimewaan pendidikan, latihan dan/atau kemudahan khas lain.
Perkara 153 dibuat bertujuan untuk menjaga hak Melayu sebagai jaminan, cagaran atau gantian kerana menerima India dan Cina untuk sama-sama menetap sebagai warganegara di tanah melayu.
Pada tahun 1970, 13 tahun selepas penggubalan Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu hanya menguasai 4% kek ekonomi.
Kerana selebihnya daripada kek itu dinikmati oleh orang bukan melayu dan kerana itulah Perkara 153 disusun semula untuk merangka dan mengatasi ketidakseimbangan ekonomi antara bangsa ini dan bangsa luar.
Dengan bantuan dana, universiti serta pendidikan sedia ada itulah yang meletakkan graduan melayu dan bumiputera mampu berdiri seiring dengan bangsa-bangsa luar iaitu cina dan juga india.
Baca juga: Ini rupanya sebab PMX tak boleh tarik keluar dana Blackrock dari Malaysia