‘Bukan kerja ambo naikkan pemimpin tertentu, kerja ambo nasihat’ itu merupakan kata-kata perceramah terkenal Ustaz Muhaizad Mohamed yang turut menyifatkan tuduhan semata-mata dan dikhuatiri semakin panas apabila berkata-kata.
Ustaz Muhaizad berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis yang dikemukakan oleh seorang jemaah masjid.
Soalan itu mahu penjelasan daripada Ustaz Muhaizad menceritakan kenapa ustaz tidak bersama perjuangan Islam dan kelihatan mesra sekular.
Seusai baca soalan yang dikemukakan itu Ustaz Muhaizad terkejut “baru ambo tahu bahawa ambo ni mesra sekular rupanya”.
Menjelaskan perkara itu Ustaz Mihaizad menerangkan beliau berada dalam masyarakat dikenali sebagai ahli agama.
Jadi tugas ahli agama ialah menasihati, maka beliau menasihati semua orang termasuk pemimpin, nasihat ahli agama dan nasihat ahli biasa serta nasihat orang bawah itu kerjanya.
Malah beliau memberitahu bukan kerjanya untuk menaikkan nama pemimpin tertentu dan kerjanya nasihat dari sudut agama.
“Buka tujuan kita nak naik sesuatu benda hatta benda tu tidak ikut Islam.
“Maka kita nasihat ahli agama bermakna benci agama dah tuu?…Apa faedah saya benci agama saya sendiri saya sayang agama saya sebab itu saya tegur.
“Jadi ambo bukan sekular doh… ambo minat dengan Islam.
“Awak menasihati kumpulan ni…jadi bermakna ambo minat kumpulan tu laa sebab nasihat kempulan ni.
“Ini tuduhan semata-mata ia daripada siapa?… Ambo malas nak cerita takut semakin panas,” kata Ustaz Muhaizad.
Beliau tidak disambung semula tauliah mengajar di Kelantan walaupun telah memohon untuk penyambungan semula.
Pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah memberi alasan kepada Ustaz Muhaizat bahawa penyambungan tauliah tidak dapat dipertimbangkan.
Baca juga: Ustaz Muhaizad tidak disambung semula tauliah mengajar di Kelantan