Bukan marah netizen sebaliknya pemuda yang mendakwa dirinya anak ‘Makcik Kemboja’ mendakwa dirinya memarahi bekas staff.
Pemuda yang dikenali sebagai Ezuan telah mencabar bekas pekerja ibu untuk bersemuka dengannya.
“Saya berani kerana benar, dan saya tak takut dengan individu tersebut. ALLAH Maha Berkuasa,” katanya yang turut memuat naik video original yang menyebut nama bekas pekerja ibunya.
Menerusi hantaran di X, Ezuan turut mendedahkan menerima banyak ugutan selepas video tersebut tular pada Rabu.
“Namun, individu tersebut telah mengubah konten tersebut, mengambil bahagian-bahagian tertentu sahaja di mana saya sebut saya cabar, menyalak macam anjing dan sebagainya, seolah-olah saya mencabar netizen,” tulisnya.
Jelas Ezuan, perkara tersebut telah mengancam keselamatannya, sehingga menerima terlalu banyak ugutan.
Ezuan ingin menyatakan bahawa segala spekulasi terhadapnya adalah fitnah.
“Dengan nama ALLAH, saya tidak pernah terniat untuk mencabar netizen mahupun masyarakat untuk datang berjumpa saya,”katanya.
Terdahulu, satu klip video berdurasi 1 minit 7 saat tular di TikTok memaparkan seorang wanita melontarkan kata-kata ‘Melayu malas’ ketika mengadakan pentstriman langsung di sebuah gedung pakaian sehingga menerima kecaman ramai.
Susulan itu, wanita berkenaan tampil membuat permohonan maaf, dipercayai ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Polis Melaka memaklumkan menerima 14 laporan polis terhadap wanita terbabit dan telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.
Baca juga: Ikan tapah saiz mega naik ke darat di Manir, petanda banjir besar akan berlaku di Terengganu?