Bukan ‘rock’, tapi ini maksud isyarat tangan Tunku Azizah

Pada 30 Januari 2024, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menamatkan tempoh mereka memegang gelaran Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Permaisuri Malaysia.

Kewibawaan dan peribadi kedua-dua individu itu sepanjang lima tahun pemerintahan negara benar-benar meninggalkan kesan mendalam di kalangan rakyat Malaysia.

Antara momen yang menyentuh hati rakyat semasa keberangkatan pulang adalah lambang mini love dari Al-Sultan Abdullah dan isyarat tangan yang dilakukan oleh Tunku Azizah.

Namun, apa yang menarik adalah isyarat tangan yang dilakukan Tunku Azizah yang sebenarnya membawa maksud lain.

Mungkin ramai peminat yang menganggap isyarat tangan yang dilakukan oleh Tunku Azizah adalah gaya “rock,” tetapi sebenarnya ia membawa maksud “I Love You” dalam bahasa isyarat.

Portal Lingvano memberitahu bahawa isyarat tangan “I love you” (I-L-Y) menjadi simbol yang sering digunakan oleh golongan individu yang mempunyai masalah pendengaran dan bisu.

Ia juga turut menunjukkan isyarat yang menunjukkan perasaan yang seringkali digunakan.

Isyarat tangan I Love You

Bermula dengan mengangkat anak jari tangan menegak, ia merujuk kepada abjad I (Saya), manakala ibu jari dan jari telunjuk juga diangkat membentuk huruf L (Love atau Sayang).

Sementara itu, dengan mengangkat ibu jari dan anak jari tangan sebelah (kiri atau kanan) secara serentak, ia melambangkan huruf Y (You atau Kamu).

Baca juga: “Masa umur 12 tahun aku jumpa mesej curang abah, tapi sekarang aku dah umur 24 tahun rupanya abah masih makan luar”