Bukan saja-saja buat duit syiling corak bergirigi atau berlekuk-lekuk, inilah sebabnya

Jika anda amati, tentu anda perasan pada bahagian sisi duit syiling, terdapat corak bergigi atau berlekuk-lekuk.

Walaupun bukan semua duit syiling mempunyai corak bahagian lingkaran tepi yang sama, namun hampir semua duit syiling ada gigi ini.

Ada beberapa syiling yang memiliki rekaan bergerigi yang rapat, apa pula yang berjauhan.

Tahukah anda bahawa rekaan tersebut diwujudkan bagi mengelakkan sebarang unsur penipuan. Pada zaman dahulu, kebanyakan duit syiling diperbuat daripada logam-logam berharga seperti perak dan tembaga.

Ini dapat dilihat menerusi sejarah duit Amerika Syarikat. Negara itu membuka lombong pertamanya pada tahun 1792. Selepas itu, fasiliti berkenaan mula mengeluarkan duit syiling tembaga pertama berjumlah 11,178 keping untuk diedarkan.

Seterusnya, duit syiling perak pula dikeluarkan selepas itu. Ia kemudian dikaitkan dengan Piawaian Perak, mengikut Akta Perlombongan dan Syiling 1792.

Hal ini bermakna, kebanyakan duit syiling ‘major’ yang dihasilkan memiliki kandungan logam separuh daripada nilai kandungan logam berharga itu.

Duit syiling dolar pertama yang dihasilkan pada 1794 mengandungi kandungan perak sebanyak 89.25 peratus dan kandungan tembaga sebanyak 10.75 peratus.

Maka, bahagian sisi yang bergigi telah diwujudkan bagi dua tujuan keselamatan untuk duit syiling perak. Pertama, corak itu menjadi eleman tambahan yang menyukarkan ia dipalsukan.

Manakala yang kedua pula, corak itu juga menghalang penipuan.

Bagaimana bahagian ini dapat menghalang penipuan?

Duit syiling yang diperbuat daripada logam berharga dan tanpa corak gigi, ia membuka ruang kepada aktiviti yang disebut sebagai coins clipping.

Pelaku akan mengikis sedikit demi sedikit bahagian logam pada bahagian sisi duit syiling, mengumpulkan hasil kikisan itu dan menjualnya untuk mendapatkan wang.

Perbuatan ini dilakukan dengan sangat berhati-hati. Duit syiling yang dikikis mungkin tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara, seperti saiz dan berat.

Jadi, pelaku mungkin masih boleh menggunakan duit syiling berkenaan untuk sebarang transaksi.

Dengan adanya corak bergigi ini, sebarang perbuatan mengikis bahagian lingkaran tepi duit syiling boleh dikesan dengan mudah. Apabila dikikis, bahagian bergigi ini boleh menjadi haus dan memudahkan proses pengecaman bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Namun pada hari ini, penghasilan duit syiling pada asasnya tidak lagi melibatkan penggunaan logam berharga yang terlalu banyak. Jadi, peluang untuk duit syiling itu dipalsukan dan dikikis sudah berkurangan.

Sebab itulah, sesetengah duit syiling tidak lagi bergigi di bahagian tepi.

Baca juga: “Bukan patung David!” – Rupanya ini jenis patung yang ada dalam rumah Syamimia