“Bukan sebab orang ketiga”- Bekas suami Irma Hasmie minta orang ramai bertenang, hormati privasi

Bekas suami pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan, menyatakan bahawa perceraian mereka adalah keputusan bersama setelah mempertimbangkan semua pandangan.

“Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama dalam ‘co-parenting’.

“Saya dan Irma sudah pun menjalani proses perceraian pada tahun lalu,” katanya selain memperbetulkan salah faham atau ‘miscommunication’ yang berlaku selepas berkongsi mengenai perkahwinannya dengan wanita dikenali sebagai Fiza di Instagram pada 28 April lalu.

“Kami juga sudah mengambil kira pelbagai faktor seperti kebajikan kesemua anak-anak kami, restu kedua orang tua dan penerimaan keluarga kedua belah pihak,” katanya.

Menurutnya, Irma juga sudah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

“Jadi, tiada unsur orang ketiga. Ini kerana keputusan untuk bersama (kahwin) adalah selepas perceraian.

“Besar harapan kami untuk anda semua tenang, menghormati keputusan ini dan mengambil iktibar daripada cerita hidup kami. Tiada manusia yang berkahwin inginkan perceraian melainkan perkara itu lebih baik buat kedua-duanya,” katanya.

Terdahulu, akhbar melaporkan perkahwinan Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer sudah berakhir enam bulan lalu selepas tersebarnya gambar pernikahan bekas suaminya itu.

Baca juga: Berdekah tengok fesyen seluar denim ‘tompok air kencing’, lagi tak masuk akal harga sehelai cecah RM3,000