Kereta yang digelar ‘Roti John’ ini bukan sebarang kenderaan. Kereta panjang hingga boleh mencecah enam meter ini memang ‘rare’ jika terserempak di jalan raya.
Pemilik kereta panjang yang dipanggil kereta limosin sering dilabel sebagai golongan berada atau T20.
Padahal, limosin yang digunakan sekumpulan individu ini ialah produk Perusahaan Otomobil Nasional (Proton).
Keluaran Proton dengan jenama Proton Limousine ini dihasilkan sebelum sekitar tahun 1990-an.
Proton Limousine ini terdapat dalam model Saga, Iswara, Wira dan Perdana.
Harga asalnya pula antara RM68,000 hingga 165,000.
Kenderaan itu boleh didapati pada kepanjangan antara 4.8 meter hingga 6 meter.
BACA JUGA Kubur ‘fake’ pun dalam kawasan perkuburan