Bukan setakat hantar bungkusan abang kurier alihkan pantung mainan kerana hujan nak turun, dipuji

Bukan setakat hantar bungkusan siap pakej lagi, abang kurier bertindak mengalihkan pantung mainan di ampaian kerana hujan nak turun.

Perkara itu telah dikongsikan oleh GD Express Sdn Bhd di laman Facebook rasmi mereka.

Tindakan spontan tersebut telah dilakukan oleh pekerja penghantar barangan mereka yang bernama Mohd Fadhli Bin Mohd Shah dan Mohamad Hafizan Bin Yaakob.

“Tindakan pantas mereka telah melindungi bungkusan dan basuhan pelanggan daripada hujan lebat,” tulisGDex di Facebook mereka.

Selain itu, GDex turut menzahirkan rasa bangga mereka terhadap pekerjanya itu kerana berjaya menjadi contoh teladan yang baik.

“Kami berbangga mempunyai individu seperti mereka yang secara konsisten berusaha keras untuk menceriakan hari pelanggan kami,” tulis hantaran itu lagi.

Sementara itu, tindakan pantas abang GDex itu turut mendapat perhatian pemilik barangan tersebut.

Pemilik barangan itu telah berkongsikan video rakaman CCTV berkaitan dengan bantuan yang diberikan oleh abang GDex tersebut.

Pelanggan itu turut memuji tindakan pantas penghantar barangan itu yang membantunya mengalihkan patung mainan miliknya ke tempat teduh.

“Saya mendapat panggilan daripada GDex untuk bungkusan, tetapi saya tiada di rumah. Saya minta Abang GDex untuk tinggalkan barangan itu di dalam.

“Apabila saya memeriksa CCTV, saya terkejut apabila melihat dia bukan sahaja menghantar bungkusan. Sebaliknya dia juga tolong mengalihkan patung mainan saya ke halaman rumah kerana hujan mahu turun. Abang GDex memang terbaik!” tulis pemilik barangan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai telah meninggalkan komen mereka yang memuji tahap perkhidmatan GDex.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Secara peribadi, saya berasa lebih selamat jika barangan saya dihantar menggunakan GDex. Terus lakukan kerja yang bagus!” tulis seorang pelanggan.

“Ya, saya sangat setuju GDex telah memberikan perkhidmatan yang terbaik. Teruskan!” tulis seorang lagi pelanggan yang berpuas hati.

“Bagi ganjaran kepada dia kerana menaikkan nama GDex,” tulis seorang netizen yang mahu abang GDex itu diberikan ganjaran ekoran tindakan positifnya itu.

Baca juga: “Kes McDonald tak settle lagi, datang pulak kisah Marrybrown..”