Setiap negeri pasti ada stadium untuk dibanggakan. Dari Sabah sehinggalah ke Perlis wajib mempunyai satu stadium tidak kiralah untuk apa pun aktiviti. Namun yang masyur di Malaysia stadium digunakan untuk perlawanan bola.
Bagi negeri Selangor, sudah tentulah wujud satu stadium yang sangat ikonik dan nostalgik bagi rakyat Selangor iaitu stadium Shah Alam. Semalam secara rasmi kerajaan Selangor telah memulakan projek perobohan stadium tersebut kerana terlalu uzur untuk diguna pakai.
Ada yang kata stadium Shah Alam adalah stadium paling lama di Malaysia. Anda silap sebnarnya, Ini adalah senarai stadium bersekali dengan usianya:-
1. Johor Darul Ta’zim (Stadium Sultan Ibrahim) – 4 tahun – Kapasiti 40,000 penonton
2. Selangor FC (Stadium MBPJ) – 28 tahun – Kapasiti 25,000
3. Sabah FC (Stadium Likas) – 41 tahun – Kapasiti 22,000
4. Kedah Darul Aman FC (Stadium Darul Aman) – 62 tahun – Kapasiti 24,644
5. Sri Pahang FC (Stadium Darul Makmur) – 51 tahun – Kapasiti 40,000
Stadium Sultan Ibrahim merupakan stadium ‘termuda’ dalam senarai ini.
6. Terengganu FC (Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin – 18 tahun – Kapasiti 40,000
7. Kuala Lumpur City FC (Stadium Cheras) – 34 tahun – Kapasiti 18,000
8. PDRM FC (Stadium Selayang) – 25 tahun – Kapasiti 16,000
9. Negeri Sembilan FC (Stadium Tuanku Abdul Rahman) – 32 tahun – Kapasiti 40,000
10. Penang FC (Stadium Bandaraya) – 68 tahun – Kapasiti – 20,000
11. Perak FC (Stadium Perak) – 59 tahun – Kapasiti 42,500
12. Kelantan United (Stadium Sultan Muhammad ke-IV) – 57 tahun – Kapasiti 22,000
13. Kuching City (Stadium Negeri Sarawak) – 33 tahun -Kapasiti 26,000
Stadium tambahan
Stadium Shah Alam – 30 tahun – Kapasiti 80,372
Stadium Merdeka kini sedang diubah suai selepas bertahun-tahun diabaikan.
Stadium Larkin – 60 tahun – Kapasiti 30,000
Stadium Batu Kawan – 24 tahun – Kapasiti 40,000
Stadium Nasional Bukit Jalil – 29 tahun – Kapasiti 85,000
Stadium Hang Jebat – 20 tahun – Kapasiti 40,000
Stadium Merdeka – 67 tahun – Kapasiti 20,000