Bumi sebenarnya berbentuk donat bukan sfera – Influencer pro PN

Seorang pempengaruh media sosial, Danial Mirza atau dikenali sebagai dma islam membuat kenyataan bahawa bumi ini berbentuk seperti donut.

Menerusi sebuah video tular di laman Facebook, lelaki tersebut menjelaskan bagaimana bumi berbentuk donut berfungsi.

“Bumi ini dia berbentuk bulat dan kat tengah ada lubang, bulan itu dia masuk dalam lubang masuk keluar masuk keluar”.

Apabila ditanya bagaimana bumi mengekalkan bentuknya, Danial juga mempunyai jawapannya yang tersendiri.

“Bumi donut mengekalkan bentuk bumi donut dengan berputar dengan laju, jika bumi berputar dengan had laju yang tak cukup graviti akan menggumpal dan menjadikan bumi bulat.”

Danial turut terkenal dengan menggunakan perkataan ‘bocah’ (keanak-anakan) sering memuat naik kandungan motivasi sebelum beralih kepada pembangunan diri.

Namun, contentnya sering kali ditegur oleh beberapa individu disebabkan pemikirannya yang melebihi manusia yang normal.

Baca juga: Atlet angkat berat ‘kantoi’ sedut bahan terlarang, rupanya ramai taktahu fungsinya