Bunuh wanita di ruang tamu, tabib dihadapkan ke mahkamah

Seorang tabib berusia 51 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, hari ini atas dakwaan membunuh seorang wanita di Pandan Perdana di sini, pada 27 Julai lalu.

Tertuduh, Che Hong Chiew, 51, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top lapor Harian Metro.

Namun tiada pengakuan direkod daripada wanita berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan Hong Chiew didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Lim Sin Lue, 41, antara 4.45 petang hingga 5 petang, 27 Julai lalu,

Perbuatan itu didakwa dilakukan di ruang tamu rumah di No 35, Jalan Perdana 2/20, Pandan Perdana di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sakit kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 13 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.

Baca Juga: Mentua tamak duit, wanita bunuh diri selepas diseksa selama 8 tahun

Baca Juga: Buat ‘loan’ 3 tahun untuk beli Iphone 13, pemuda rasa terbeban lepas dua bulan bayar