Bunyi sendawa lagi kuat dari bunyi motosikal, wanita ini pecah rekod dunia sendawa paling kuat

Sendawa di khalayak umum dikatakan agak tidak sopan bagi sesetengah orang lebih-lebih lagi jika sendawa yang terlalu kuat bunyinya.

Individu yang sendawa di khalayak juga boleh mencetuskan rasa kurang senang bagi mereka yang berada di sekitar.

Baru-baru ini seorang wanita di Virginia berjaya mencipta Rekod Dunia Guiness (GWR) baharu untuk sendawa paling kuat, lapor New York Post.

Kimberly Winter, 33, dikenali sebagai @Kimycola di TikTok dilaporkan telah memecahkan rekod itu pada 28 April lalu.

Sendawanya dikatakan sekuat 107.3 desibel dan sama kuat dengan bunyi motosikal pada pendikit penuh.

Bunyi sendawa Winter lebih kuat berbanding bunyi pengisar (70-80 dB), gerudi tangan (90-95 dB) dan juga beberapa motosikal pada throttle penuh (100-110 dB) mengikut GWR.

@kimycola Burp Fans, thank you all I love you 🥰 #fyp #viral #burp #burps #burping #burpqueen #burpingqueen #burpgirl #burpinggirl #belch #belching #burptok #burptoker #saturday #saturdayvibes #weirdshit #dumbshit #girlswhoburp #wifeymaterial ♬ original sound – Kimycola

“Saya mengambil kopi ais dan sandwic untuk sarapan pagi di Dunkin dan satu bir sebagai tambahan,” beritahu Winter kepada The Post tentang hidangan yang membantunya untuk memecahkan rekod tersebut.

Pemegang rekod wanita terdahulu adalah milik Elisa Cagnoni di Itali dengan sendawa 107 dB pada 2009.

Bagi rekod lelaki pula dipegang oleh Neville Sharp dari Australia dengan mencatatkan kekuatan sendawa 112.7 dB pada 2021.

“Saya tahu bahawa saya sangat bising. Saya mempunyai keyakinan dan saya hanya perlu mendapatkan campuran yang betul di dalam perut untuk menghasilkan sendawa yang memecahkan rekod dunia,” kata Winter kepada GWR.

Wanita itu turut menambah bahawa dia juga tahu yang dia mempunyai peluang untuk memecahkan rekod selepas dihalau keluar dari bar kerana sendawanya.

“Apa yang saya lakukan untuk bersedia sendawa besar ialah saya hanya menarik nafas panjang dan cuba memanipulasinya menjadi sesuatu yang dahsyat dan ajaib,” dakwanya.

GWR memerlukan Winter untuk sendawa di dalam “bilik mati”. Sebuah bilik yang serupa dengan studio rakaman untuk mengukur tahap bunyi sendawanya itu tanpa bunyi dari luar.

Winter bersama dengan pihak GWR mencipta rekod bersejarah tersebut di stesen iHeartRadio Maryland tempatan.

“Saya bersedia untuk percubaan rekod dunia dengan mencatat nota. Makan kombinasi berbeza, minum minuman berbeza dan lihat apa yang akan membuatkan saya sendawa paling kuat,” jelas Winter lagi.

Winter memberitahu The Post bahawa dia akan meraikan kejayaannya itu bersama peminat di TikTok Live.

Serta menikmati hujung minggu bersama rakan dan keluarga dengan menu ayam panggang dan makanan laut.

Baca juga: “Dulu masa bujang suami cakap beli ayam seekor cukup seminggu, tapi bila makan asyik habiskan lauk sorang tanpa tinggalkan aku..”