Kini bangunan pencakar langit dikenali sebagai Menara Jeddah atau digelar Kingdom Tower mempunyai ketinggian 1,000 meter menjadi bangunan tertinggi di dunia selepas Burj khalifa apabila siap kelak.
Sebuah projek pencakar langit di Arab Saudi yang masih dalam pembinaan dijangka lebih tinggi daripada Burj Khalifa, sebaik sahaja ia siap dibina kelak.
Kos pembinaan Menara Jeddah dijangka menelan perbelanjaan sekitar AS$1.23 bilion (RM5.71 bilion).
Menara itu akan menjadi tumpuan utama projek Jeddah Economic City sebelum ini dikenali sebagai Kingdom City, tapak hartanah komersial dan kediaman dianggarkan bernilai AS$20 bilion (RM92.9 bilion).
Bangunan Syarikat Ekonomi Jeddah itu akan mempunyai hotel, pejabat, pangsapuri servis dan kondominium mewah.
Malah, bangunan itu dikatakan bakal menempatkan `balai cerap tertinggi di dunia’ walaupun buat masa ini balai cerap astronomi paling tinggi adalah di Universiti Tokyo Atacama Observatory yang terletak pada ketinggian 5,640 meter.
Burj Khalifa yang setinggi 829.6 meter di Dubai menempatkan sebuah hotel, kediaman mewah, pejabat, dek pemerhatian, restoran dan kemudahan kesihatan.
Dilaporkan, projek pencakar langit itu menyambung semula pembinaan pada tahun lalu selepas tertangguh lama.
Justeru, setakat ini, tiada garis masa tetap diumumkan untuk pembinaan itu siap.
baca: Rafah kena serang teruk, akhirnya Starbucks buat keputusan tutup semua 7 cawangannya