Bertukar pencuci pinggan mangkuk bukanya senang tambah-tambah pencuci yang kita dah pakai bertahun-tahun lamanya malah ianya sangat berkesan pada pinggan seterusnya pada tangan kita sendiri.
Pernah terfikir atau tidak kita mahu pencuci pinggan lama itu sama dengan pencuci yang baru ini iaitu Lonkey.
Seorang suri rumah di Facebooknya yang dikenali sebagai Dzuriasikim Dzulkefli memberitahu pencuci pinggan Loneky yang baru dicubanya pasti hampir sama dengan Sunlight.
Ianya berpunca daripada sikap boikotnya terhadap US yang tidak mahu wang mengalir terus kepada Israel sebab itulah beliau menjumpai sabun pencuci pinggan yang sesuai.
“Bertahun bersama Sunlight sebab rasa macam tak ada yang lain dapat menandinginya. Saya sukakan keharumannya tetapi tidak keterlaluan dan lembut membelai tangan.
“Tapi kan, mudah je kalau Tuhan nak ubah hati kita.
“Baik macamana pun saya tinggal juga. Hampir 10 tahun dengan dia. Saya tak akan cari dia lagi. Kira “break off”.
“Suatu hari saya ternampak seseorang membeli Lonkey. Saya buat carian, rupanya Lonkey ni buatan Malaysia. Comel dan “handy”. Bau dia sangat best. Lembut pada tangan juga. Korang pergilah cari dekat pasaraya.
“Selamat tinggal Sunlight. Kita kaum wanita punya kuasa untuk berjuang. Sekecil-kecil jihad, kita tukar sabun cuci pinggan!,” katanya.
Seorang lagi pengguna juga membeli jenama itu ternyata ianya tidak perlu guna banyak sekali pam saja sudah cukup untuk pinggan mangkuk di rumah.
“Mmg sya pun pakai Lonkey ni. 1.8kg baru RM10 bah. Sya pula jenis yg ambil sikit dilute dgn air pastu letak tmpt lain, sbb sya tidak suka takungkan sabun cuci piring. Kotor bgsya. Sya main pam. Skali cuci skali pam. Ahh gitu..
“Kalau lah tidak boycott mmg selama ni kita telah dikalahkan dgn promosi walhal ada ja brand lain jenama kita yg super good.
“Btw, ni selamat utk budak juga ok. Di sana jimat lagi tak payah asing2 beli sabun cuci botol baby. Lembut ditangan juga,” katanya yang juga orang Sabah dan juga orang yang begitu kuat memboikot barang-barang dari US.
Baca juga: Pengantin perempuan dapat mas kahwin RM91,000, ‘showroom’ kereta, tanah sawah bahkan emas