Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja cerita ‘reshuffle kabinet’ di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim keluar.
Menurut sumber, “Pada mulanya, perbincangan adalah untuk rombakan yang akan berlaku pada akhir bulan ini, jadi kita hanya perlu tunggu dan lihat; dalam politik, apa sahaja boleh berlaku,”
Katanya lagi, seorang menteri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mungkin akan dipindahkan ke kementerian lain atau digugurkan dari Jemaah Menteri.
Selain itu satu sumber lagi seperti dipetik Malaysiagazzete berkata berkata seorang menteri memberikan alasan rombakan yang akan berlaku sebagai sebab pembatalan kehadiran menteri itu di satu acara syarikat bulan ini.
“Kami menetapkan tarikh untuk menteri tersebut hadir untuk acara itu tetapi wakil menteri membatalkannya pada saat akhir, dengan alasan rombakan sebagai sebab”, kata sumber itu seperti dipetik MGazzete.
Mengikut rekod pada tahun lepas, Jemaah Menteri dirombak pada Disember tahun lalu dan dibesarkan daripada 29 menteri kepada 31 menteri.
V Sivakumar dari DAP digugurkan sebagai menteri sumber manusia, manakala dua individu kembali sebagai menteri iaitu Datuk Seri Dzulkefly Ahmad dari Amanah sebagai menteri kesihatan dan Datuk Seri Johari Ghani dari UMNO sebagai menteri perladangan dan komoditi.
baca: Untung dapat gaji RM42,000 sebulan, lagi tak sangka rupanya cuma kerja bagi nama budak