Caj RM1.72 akan dikenakan jika pelanggan tak mahu taugeh dalam makanan yang dipesan

Biasanya kita yang memesan makanan kemudian akan cakap awal-awal jenis sayur yang kita tak makan misalnya sayur taugeh tapi berlainan pula dengan salah sebuah restoran ini.

Jadi, apabila mereka makan di restoran dan menu yang dipesan itu ada tauge seperti mihun sup, mereka akan minta khas kepada pekerja kedai itu bahawa mereka tak nak tauge.

Namun berlainan pula dengan sebuah kedai makan di Singapura ini pula telah mengenakan caj sebanyak 50 sen SGD (lebih kurang RM1.72 jika ditukar ke Ringgit) untuk pelanggan yang meminta tidak mahu tauge dalam makanan yang dipesan mereka.

Menurut AsiaOne kedai yang terletak di pusat membeli belah Fajar, Singapura itu menjual pelbagai makanan seperti kek lobak merah, char kway teow dan telur dadar tiram.

Di depan kedai itu, terdapat notis yang tertampal yang tertulis dalam bahasa Mandarin bahawa caj lebihan akan dikenakan kepada permintaan khas pelanggan.

Contohnya, caj $2 akan dikenakan untuk yang mahukan makanan laut tambahan, $1 pula untuk yang mahu telur extra dan 50 sen kepada pelanggan yang mahukan tauge extra.

Namun, apa yang menjadi perhatian ialah, caj 50 sen juga dikenakan untuk pelanggan yang tak mahu tauge dalam makanan mereka.

Walaupun ramai yang rasa caj tambahan untuk pelanggan yang tak mahu tauge itu tak logik, namun ada juga yang berpendapat mungkin makanan itu dimasak sekali gus dalam kuali besar, jadi apabila ada pelanggan yang tak nak tauge, pemilik kedai perlu masak makanan itu secara berasingan.

Baca juga: Peminat dah ‘approve’ hubungan Merqeen dan Ameera Khan-Sama cantik sama padan