Heboh diperkatakan di media sosial mengenai calon asal Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang sebenarnya ialah Iszuree Ibrahim (gambar atas).
Namun, nama Setiausaha Perhubungan Pas Pulau Pinang itu digugurkan akibat tindakannya menghalau Presiden Gerakan, Dominic Lau dari ceramah di Tasek Gelugor semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu.
Berbanding calon PN, Abidin Ismail kini yang menjadi bahan sindiran selepas dicanang memiliki sijil Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO 14001), Iszuree dilihat jauh lebih senior dalam Pas.
Ekoran itu, akar umbi Pas difahamkan tidak berpuas hati dengan pimpinan parti mengenai pemilihan Abidin sebagai calon.
Keadaan diburukkan lagi dengan kelayakan akademik dan pengalaman kerja Abidin yang diragui.
Justeru, kemenangan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin dengan latar belakang yang cemerlang dilihat menanti pada 6 Julai depan.
Cikgu Joo dilihat pilihan terbaik buat rakyat di Sungai Bakap tambahan pula Parlimen Nibong Tebal diwakili Menteri Persekutuan yang memegang portfolio Utama.
Malah, dua lagi ADUN di bawah Parlimen tersebut iaitu Jawi dan Sungai Acheh adalah Exco Kerajaan Negeri.
BACA JUGA Ceramah PN di Sungai Bakap tak laku, pusat khidmat pun tutup