Calon PN didesak tunjuk keputusan SPM selepas calon PH sapu semua ‘A’

Warganet hari ini mendesak calon PN, Khairul Azhari Saut tunjuk sijil SPM supaya rakyat boleh menilai ‘kebijakan’ bakal YB di Kuala Kubu Bharu. Perkara itu didesak selepas calon PH, Pang Sock Tao menunjukkan keputusan straight A’s dalam keputusan SPM nya.

Calon dari Perikatan Nasional sebelum ini menimbulkan kontroversi dalam isu pendidikanya apabila dipersoal bagaimana boleh menjawat jawatan eksekutif di Bursa Malaysia hanya berbekalkan SPM.

Pang Sock Tao, calon Pakatan Harapan (PH) untuk PRK Kuala Kubu Baharu, telah ‘mengungkapkan’ keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menunjukkan prestasi cemerlang dengan semua A dalam mata pelajaran yang diambilnya.

Beliau berkongsi slip keputusan tersebut menerusi media sosialnya sebagai jawapan terhadap cabaran Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, yang meminta Pang mendedahkan maklumat tentang sekolahnya dan peperiksaan yang diambil.

“Fadhli dalam maklum balasnya segera di Facebook berkata menerusi jawapan diberikan Pang itu, ahli DAP berkenaan pada peringkat rendah bersekolah di sekolah vernakular.

“Manakala SPM di Sek Men Chung Hua Port Dickson Negeri Sembilan. Kurang pasti sekolah ini vernakular atau tidak kerana laman web rasminya (https://smchpd.edu.my) bukan dalam bahasa kebangsaan.

“Perbetulkan saya jika fakta ini kurang tepat, saya bersumberkan maklumat-maklumat diberikan di dalam media sosial sahaja. Terima kasih calon PH. Pengundi-pengundi boleh buat penilaian sebaiknya,” katanya.

Sebelum ini, latar belakang pendidikan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yang juga pemangku ketua Bersatu Bahagian Hulu Selangor itu dijadikan isu kerana poster profil calonnya mencatat memiliki diploma dan sarjana tanpa ijazah.

Baca: “Dulu aku dijadikan bibik, sekarang mak pula terima layanan sama, menantu kesayangan tak boleh disentuh”