Ramai menyifatkan bakal YB DUN Kuala Kubu Bharu, Pang Sock Tao sebagai cantik dan bijak sejurus namanya sah sebagai calon Perpaduan malam tadi.
Sock Tao, 31, merupakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Ini 7 fakta mengenai Pang Sock Tao yang akan mempertahankan kerusi dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) tahun lalu oleh mendiang Lee Kee Hiong:
1) Dilahirkan pada 26 April 1993 di Ampang, Selangor.
2) Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) pada 2017.
3) Mempunyai pengalaman selama enam tahun dalam bidang politik.
4) Mendapat pendedahan mengenai media dan politik apabila dilantik menjadi Penolong Penerbit Ubah TV di ibu pejabat DAP pada 2017.
5) Berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin antara 2018 hingga 2020.
6) Dilantik sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan antara Disember 2022 hingga Januari 2024.
7) Menjadi Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bermula Januari 2024 hingga kini.