Ramai tidak mengetahui yang microwave boleh digunakan sebagai pengukus kek menggantikan pengukus lama.
Sebenarnya, sebuah microwave memiliki banyak fungsi lain yang mungkin tidak diketahui oleh ramai. Salah satu daripadanya adalah keupayaan untuk mengukus kek.
Untuk mengetahui bagaimanakah cara-cara mengukus kek menggunakan ketuhar gelombang mikro, jom ikuti perkongsian oleh Puan Ruhana Zalina di bawah.
Cara kukus kek guna microwave
Cara saya mengukus kek guna microwave. Tak semua microwave boleh guna kukus kek. Yang ada function steam fish sahaja boleh.
Cara dia macam saya buat. Letak adunan dalam bekas yang tranparent boleh telus cahaya macam bekas saya guna. Jangan guna bekas aluminium.
Kemudian tutup dengan bekas macam saya buat tu. Tutup pintu microwave. Tekan function steam fish, tekan start. Dia akan memasak secara automatik.
Dalam beberapa minit dah masak. Dia akan berhenti sendiri. Sebiji ini dalam lebih kurang 5 minit. Ingat, Kalau tak tutup dia tak jadi steam. Kek tak akan menjadi.
Saya belajar dengan buku manual cara guna microwave, macam mana nak kukus kek.
Sebab nak kukus apa-apa, kena bertutup rapat dan guna bekas yang telus cahaya. Jimat gas, cepat dan mudah.
Semoga bermanfaat!