Cantik isteri Shuk Sahar sekarang, netizen kata wajah iras Tangmo, betul ke?

Isteri pelawak Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah lagi sekali menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet apabila bertanyakan sama ada dia mirip aktres Thailand, Tangmo Nida atau tidak.

Serra mendakwa ramai orang menyatakan wajahnya mirip mendiang Tangmo.

Menerusi plaftorm TikTok, Serra berkongsi sebuah video penampilan terbaharunya yang kelihatan langsing berjubah untuk tatapan umum.

Dia juga meninggalkan kapsyen dengan bertanyakan semula kepada netizen betul atau tidak wajahnya ada mirip mendiang Tangmo itu.

“Ramai cakap muka saya ada iras-iras Tangmo. Yeke?,” soalnya.

 

Walau bagaimanapun, ramai juga menyedari bahawa apa yang dibuat Sera itu adalah sekadar konten dan sudah tentu dia sendiri sedar yang wajahnya sama sekali tidak mirip dengan artis negara jiran terbabit.

 

COMMENTS