Cantik setelah berkahwin itu bermakna hidupnya bahagia. Seorang model jelita sanggup tinggal dunia glamour dan buktikan kahwin dengan seorang pemandu lori.
Apabila sudah jatuh cinta maka pekerjaan pasangan bukanlah masalah asalkan ia datang daripada sumber rezeki yang halal.
Seorang model jelita memilih untuk meninggalkan dunia glamor demi berkahwin dengan suami yang hanya bekerja sebagai pemandu lori.
Menurut Tribunnews, kisah cinta tersebut dimuat naik sendiri empunya badan di TikTok @putrilistiana.
Menurutnya, dia sering mendapat cemuhan dan pandangan sinis daripada orang ramai semasa dalam fasa bercinta bersama suami.
Namun, gadis berasal dari Rembang, wilayah Jawa Tengah tersebut tidak mempedulikan kata-kata tersebut, sebaliknya berasa kagum dengan pekerjaan suaminya itu.
Malah, Putri sanggup meninggalkan dunia permodelan untuk hidup bersama lelaki itu bagi membolehkan dia kerap mengikuti suaminya menghantar barangan menaiki lori.
Hantaran yang dimuat naik Putri menjadi tular dan menerima banyak pujian daripada netizen yang mengagumi dirinya.
“Dia semakin cantik setelah berkahwin. Ia adalah bukti suaminya berjaya membahagiakan dia,” tulis seorang netizen.
Menurut tinjauan, pemilik TikTok itu sudah meletakkan profile kepada ‘private’ dan tidak lagi menjadi tatapan umum.
Baca juga: Pasangan intim jual bayi usia 3 hari di FB hasil hubungan terlarang