Caprice sindir Mondy Tatu ingatkan ‘homeless’ rupanya ada keluarga siap buat ‘live’ lagi

Sebelum ini tular pendakwah terkenal, Ebit Lew yang berkongsi momen ketika dia berada di Jakarta, Indonesia untuk menghulurkan bantuan kepada wanita dikenali sebagai Mondy Tatu yang tinggal dijalanan.

Bukan tu jer, Ebit juga menjemput Mondy datang ke Malaysia selain membantu perniagaanya. Tapi apa yang Ebit Lew lakukan itu dipertikai netizen selepas mendapati bahawa wanita itu merupakan ‘influencer’ di sana dan beranggapan bahawa dia bukanlah orang susah.

Terbaru! Mondy dilihat sudah pulang ke negaranya dan duduk bersama ibubapanya menerusi ‘live’ telah mendapat perhatian penyanyi rap, Caprice.

Caprice mengucapkan ‘terima kasih’ kepada rakyat Malaysia yang membantu Mondy selain turut menulis ‘tagline’ yang sering digunakan Ebit Lew iaitu ‘Allah Sayang’.

Dalam ‘live’ itu juga, Caprice dilihat meninggalkan komen yang menyindir Mondy.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan sindiran Caprice namun ada juga yang menasihatkan agar penyanyi lagu Baby Sayang itu untuk berhenti bersikap kebudak-budakan dan menjadi penilai pada setiap isu yang menjadi ‘viral’.

Baca juga: Wow! Bandar Singapura yang kecil rupanya ada 26 bilionair dan 250,000 jutawan, jadi bandar ke-5 terkaya di dunia