Cara ini rupanya buat hati tenang, paling penting jangan putus asa

Hati tenang memang impian setiap manusia tetapi bagi mereka yang bukannya dari keturunan keluarga T20 memang sentiasa rasa susah hati untuk meneruskan hidup.

Rupanya ada cara untuk mengatasi hidup susah ini malah menjadikan hati tenang memandangkan ramai saja orang yang berduit tapi hidup mereka tertekan.

Penceramah, Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkata, jika rasa susah, bersedekahlah pasti berjaya.

Namun, paling penting pesannya jangan berputus asa sebaliknya sentiasa bersangka baik kepada Allah Yang Maha Esa.

“Dia akan murah rezeki. Jangan putus asa buat kerja.

“Jangan kerja kerana nak kaya sebaliknya kerja untuk mencari rezeki yang halal.

“Semua sudah ditulis tapi kita mengikut sangkaan Allah.

“Dalam ayat Qudsi Allah kata, kalau hambaku sangka dia tak dapat kerja sampai ke mati tak dapat kerja,” katanya dalam satu sedutan ceramah beliau.

Sentiasa bersangka baik dengan rezeki ditetapkan oleh Allah. – Gambar hiasan

Oleh itu, nasihat UAI bersangka baiklah selalu kepada Allah bahawa Allah akan murahkan rezeki kita.

“InsyaAllah. Sebenarnya, ketenangan itu yang paling penting.

“Walaupun kita belum dapat lagi kerja tetap tapi hati kita kuat bergantung dengan Allah.

“Kita dapat rasai ketenangan hati walaupun kita tak dapat kerja macam orang lain tapi hubungan kita tidak putus mengharap kepada Allah.

“Allah yang menyejukkan hati kita sebab ramai orang duit banyak tapi tak senang duduk,” ujar UAI lagi.

BACA JUGA ‘Jika saya mati, jaga dua anak kita’, tak sangka seloroh masa tonton drama Korea rupanya memang petanda