Cara paling mujarab nak elak khinzir kacau tanaman

Babi ialah makhluk perosak yang sangat bijak dan licik merosakkan tanaman seperti pokok durian, pisang, ubi dan sebagainya. Babi mempunyai hidung yang mancung dan sangat cekap menghidu mangsa seperti cacing, mau senapang dan kehadiran manusia.

Selain itu telinganya yang tajam mampu mendengar bunyi anjing dan sorakan pemburu dari jarak jauh. Manakala matanya mampu melihat sesuatu ancaman, babi tidak akan menyondol sesuatu yang tidak pasti.

Bagi mereka yang bercucuk tanam memang pening kepala dengan masalah babi yang sering menyerang tanaman. Manakan tidak, tanaman yang sudah lama dituai dan hampir tumbuh segar tapi habis diserang dek babi. Bagi yang tidak tahu, anda boleh gunakan 10 cara yang dikongsikan ini untuk mengelak babi daripada menyerang tanaman.

1. Patung harimau

Letakkan patung harimau di kawasan kebun yang sering diserang, babi takut pada binatang yang lebih kuat daripadanya.

2. Air kencing harimau

Caranya letakkan kencing harimau di tempat yang sering menjadi sasaran babi. Ia adalah sejenis cairan yang dihasilkan daripada campuran ubat gegat dan belacan bakar.

3. Rambut manusia

Rambut yang dipotong halus-halus, apabila masuk dalam kerongkong, babi akan tersedak dan tidak akan pergi ke tempat itu lagi, ada yang cakap cara ini lebih berkesan.

4. Telur dan jarum

Cara ini ibarat menyantau, caranya rebus telur dan cucuk 5 atau 6 batang jarum pada telur tersebut. Perut babi akan luka apabila tertusuk jarum, dan tidak akan datang lagi ke tempat itu. cara ini juga agak berkesan.

5. Radio

Pasang radio kuat-kuat di kebun yang menajdi sasaran, babi yang terdengar bunyi bising tidak akan datang ke kawasan tersebut kerana disangka ada kelibat manusia.

6. Lennex

Menurut carian di internet, ia adalah sejenis racun untuk membunuh babi, caranya campurkan pada makanan dan babi akan mati serta-merta apabila termakan racun tersebut. Anda boleh google untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

7. Jerangkap samar

Caranya korek lubang bersaiz 5x5x5 kaki dan tutup dengan daun pelapah sawit dan diatasnya kita umpan makanan yang sedap-sedap! tunggu satu malam dan lihat hasil keesokan harinya!

8. Pagar elektrik

Yang ini memang sangat berkesan cuma kos agak mahal tapi amat berbaloi. Jika ada modal saya sarankan anda memasang pagar elektrik di kebun kesayangan anda.

9. Cermin

Gantung cermin pada sebatang pokok menggunakan tali dan biarkan cermin tersebut berpusing-pusing. Babi takut bila melihat bayang-bayangnya sendiri atau kilauan dari cermin pada waktu malam.

10. Tembak

Kaedah terakhir bila tidak ada pilihan ialah menembak babi yang merosakkan tanaman anda. Anda berani?

Baca juga: Hasrat sahut cabaran menangis berterusan selama 100 jam tidak kesampaian, ‘content creator’ ini jadi ‘buta’ seketika