Cara semakan keputusan SPM 2021

Cara semakan keputusan SPM 2021. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan diumumkan pada hari ini bermula jam 10 pagi.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, calon boleh mendapatkan keputusan berkenaan di sekolah masing-masing manakala bagi calon persendirian slip keputusan itu akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.

“Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah iaitu pertama secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my bermula 16 Jun pada jam 10 pagi hingga 24 Jun jam 6 petang.

“Selain itu calon juga boleh mendapatkan keputusan berkenaan melalui SMS bagi mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPM(jarak)NoKP(jarak)AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Baca Juga: Supermoon di langit Malaysia

Baca Juga: Terlalu ramai gagal kuasai 3M, cikgu ini dedah realiti ‘wabak’ buta huruf murid Tahap 1