Cara senang buat ayam gunting macam ‘Uncle Bob’, sedap buat hilang ‘craving’ goreng goreng

Ramai yang amat menyukai hidangan gorengan seperti ayam goreng, tongkeng goreng dan jangan lupa juga ayam goreng gunting yang kini dilihat semakin mahal harganya.

Namun jangan risau, kerana ada resepi yang dapat kita kongsi untuk membuat ayam goreng gunting ala-ala uncle bob.

Bahan-bahan:

Bahan utama pastinya adalah ayam. Tetapi, bagi ayam gunting, bahagian yang sesuai adalah dada ayam. Anda boleh menggunakan bahagian dada ayam untuk menyediakan hidangan ayam gunting ini.

Seterusnya, anda memerlukan beberapa bahan lain untuk membuat perapan ayam. Bahan-bahannya termasuk dua sudu besar sos tiram, setengah sudu besar serbuk bawang putih, tiga perempat sudu besar paprika, satu sudu kecil lada putih, dan satu sudu kecil garam.

Selain itu, anda juga memerlukan tepung Bestari untuk melapisi ayam yang telah diperap nanti. Anda memerlukan satu cawan tepung kering dan setengah cawan tepung yang dicampur dengan satu perempat cawan air.

Cara-caranya:

Mula-mula, potong ayam bahagian dada menjadi separuh dan perapkan bersama bahan-bahan yang telah dinyatakan. Pastikan bahan-bahan perap disapu merata di seluruh bahagian ayam.

Setelah perap, salutkan ayam dengan tepung kering dan tepung dicampur air. Gunakan teknik kering-basah-kering untuk saduran sempurna.

Dah cukup sapu, gorengkan ayam tersebut menggunakan minyak yang panas. Goreng hingga 8 ke 10 minit.

Setelah siap digoreng, guntingkan ayam tersebut kecil-kecil seperti yang kita lihat di kedai. Kemudian taburkan lada putih dan serbuk paprika sebagai penambah perasa.

Selamat mencuba!

Baca juga: Terkejut bila tahu gaji bodyguard boleh cecah RM12,000 sebulan