Musim perayaan Aidiladha ini, tentu sekali stok daging korban yang diagih-agihkan akan melimpah ruah. Nak dimasak sekali gus tentu tak akan habis.
Banyak dapat daging korban, kemudian masuk je dalam freezer untuk tahan lama. Eh salah tu! Masuk dalam freezer dah betul tapi caranya yang salah.
Mak-mak atau akan-akak kena baca tip yang ini yang dikongsikan supaya daging yang ada simpan tahan lama dan tetap segar di dalam freezer.
Dengan tip ini bukan hanya daging korban yang anda perolehi tahan lama, malah kesegaran daging masih boleh dikekalkan walaupun ia sudah disimpan lama dalam freezer. Ini enam tip yang boleh anda ikut.
Jadi simpan siap-siap cara penyimpanan ini bagi mengelakkan pembaziran.
JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN
Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.
JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK DI DALAM FREZER
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.
Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.
JANGAN TERUS SIMPAN DAGING DI DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DENGAN MENGUNAKAN AIR PANAS
Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas.
Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.
Baarakallah
Semoga memberi manfaat
.
Kredit kepada Chef Zek Zaidi