Cara simpan lemang tak cepat basi, baru tahu ada petua ‘tonggeng’

Lemang memang cepat basi disebabkan diperbuat daripada santan. Ada caranya untuk pastikan lemang tahan lama seperti dikongsi peniaga.

1) Jangan Sesekali Simpan Lemang Panas Dalam Bekas Tertutup

Satu perkara yang ramai tak tahu, bila beli lemang panas jangan simpan di tempat yang tertutup.

Apa akan jadi?

Jangan simpan lemang yang masih panas didalam tempat tertutup seperti bekas makanan dalam tempoh yang lama. Ia boleh menyebabkan wap panas terperangkap dan lemang akan “berpeluh”.

Bila lemang tersebut sejuk ianya akan bercampur dengan wap air dan lemang tersebut sangat mudah rosak.
Kebarangkalian lemang akan menjadi berlendir.

Lemang akan menjadi masam kerana wap air dan daun pisang akan cepat menghasilkan bau yang tidak enak.

Lemang juga akan menjadi lembik kerana wap air yang terperangkap didalam buluh dan bercampur dengan pulut yang telah dimasak.

2) Biar Wap Panas Keluar Terlebih Dahulu

Biasanya bila pelanggan beli lemang, kebiasaannya jurujual akan balut lemang tersebut dengan kertas.

Jadi, apa pelanggan perlu buat?

Jika tak nak makan dalam waktu terdekat, sebaiknya koyakkan sedikit lubang bahagian atas untuk memberi ruang wap panas keluar.

3) Petua Tonggengkan ‘Kaki’ Ke Atas

Ada orang kata kalau nak tahan tonggengkan ‘kaki’ keatas, betul ke?

Jawapannya…

Jika anda tonggengkan kaki ke atas, memang lemang akan lebih tahan tetapi lemang akan hilang rasa aslinya.

Sebabnya segala minyak yg terhasil dari santan akan meleleh keluar dan lemang akan jadi kering.

Jadi, tak perlu tonggengkan jika anda ingin kekalkan rasa asli pada lemang.

4) Simpan Dalam Peti Sejuk

Apa yang anda perlu buat ialah biarkan lemang sejuk secara semula jadi dan biarkan wap lemang keluar.

Pastikan lemang betul-betul dah sejuk barulah disimpan.

Nak lebih tahan, belah buluh, biarkan lemang sejuk. Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk / freezer.

Kalau nak makan. Boleh la reheat guna rice cooker bersama nasi yang dah masak atau paling senang guna microwave.

BACA JUGA Lelaki yang umur baru 30 tapi semua dah ‘kembang’ elok contohi cara ‘pakcik’ ini kekal awat muda