Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana persaraan utama di Malaysia yang membantu ahli mencapai persaraan yang selesa. KWSP mempunyai visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang baik dan melindungi simpanan ahli. KWSP telah berkembang dari sebuah organisasi transaksi ke sebuah organisasi pengurusan dana professional dengan tumpuan terhadap jaminan persaraan.
Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengumukan untuk mempertimbang menjadikan pengeluaran secara berkala atau bulanan bagi pencarum yang mencecah usia persaraan 55 tahun sebagai mandatori untuk ahli baharu memandangkan ketika ini, pengeluaran secara berkala atau bulanan itu dilakukan secara sukarela sahaja.
Perkara ini dilihat sebagai satu peluang kepada ahlinya menguruskan wang persaraan dengan lebih baik dan berhemat berbanding mengeluarkan sejumlah wang yang banyak sekaligus.
Dalam masa sama beliau berkata, pengeluaran berkala atau secara bulanan itu juga memberi peluang kepada ahlinya terus menikmati dividen tahunan dengan baki simpanan yang ada.
“Kita sememangnya memberi pilihan pengeluaran kepada ahli KWSP yang sudah mencecah usia persaraan 55 tahun untuk sama ada pengeluaran penuh atau sebahagian tetapi, kita memerlukan perbincangan lanjut dengan kerajaan dan kajian yang lebih teliti sebelum melaksanakan perkara ini secara mandatori,” ujarnya.
“Namun, ahli yang memilih pengeluaran secara bulanan masih tidak ramai dan ini adalah ruang untuk kami perlu promosi dengan lebih lagi,” katanya lagi kepada pemberita semasa Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2023 pada Rabu.
Baca juga: “Tuala wanita dan sampah merata bilik, Superhost Airbnb ini serik selepas diperdajal wanita cantik”