Pisang adalah buah yang amat disukai ramai kerana rasanya yang manis dan kandungan gulanya tidak terlalu tinggi dan juga menyihatkan.
Harganya juga tidak terlalu mahal berbanding buah lain dan pisang juga mudah dibawa kemana mana.
Namun ramai yang jarang membeli pisang kerana buah ini amat mudah membusuk.
Tidak perlu bimbang, sebenarnya terdapat cara untuk melambatkan proses kematangan buah pisang dengan hanya menggunakan sekeping beg plastik.
Cara ini sangat mudah dilakukan. Anda hanya perlu meliputi tangkai pisang dengan beg plastik tersebut dan mengikatnya hingga pangkal pisang tersebut tertutup dengan rapat.
Itu sahaja, dan anda sudah selesai. Buah pisang anda sekarang dapat bertahan hingga seminggu atau lebih.
Pasti anda sedang bertanya-tanya, apakah penjelasan di sebalik teknik ini?
Fakta yang tidak diketahui oleh ramai orang adalah apabila pisang sudah masak sepenuhnya, ia akan mula mengeluarkan gas ethylene dari tangkainya yang akan menyebar ke bahagian lain termasuk isi dan kulitnya.
Gas ethylene ini akan mempercepatkan proses kematangan buah pisang dan akan membusuk. Oleh itu, tujuan menggunakan beg plastik adalah untuk memerangkap gas ethylene ini dan menjadikan buah pisang kekal segar lebih lama.
Tip seterusnya yang mungkin juga berguna adalah meletakkan buah-buahan lain yang masih segar berhampiran dengan pisang yang sudah masak sepenuhnya.
Gas ethylene dari buah pisang tersebut akan membantu buah-buahan lain untuk matang lebih cepat. Selamat mencuba!
Baca juga: “Makanan dalam loker semua ‘toyol’ kebas, paling tak faham orang jenis takde common sense ni”