Benarlah kata orang bahwa cinta dengan seseorang datang tanpa diduga.
Malah, status seseorang terutama bagi wanita yang sedang mengenali lelaki sangat penting untuk mengelakkan kesilapan dalam memilih pasangan.
Namun, adakah anda berpendapat bahwa mengenali dan merancang untuk berkahwin seorang duda dianggap sebagai ‘kesilapan dalam memilih’?
Berikut adalah pandangan dari seorang peguam syariah di laman Tiktoknya @peguamsyarienaim, yang menjelaskan beberapa kriteria yang perlu diselidik sebelum meneruskan hubungan dengan lelaki berstatus duda.
Sediakan diri anda dengan informasi ini sebagai langkah berjaga-jaga ya takut terjatuh ke mulut buaya!
1) Ambil tahu sejarah penceraian
Jika si dia adalah seorang duda yang telah berpisah dengan bekas isterinya, penting untuk mengambil perhatian pada beberapa perkara. Sekiranya perceraian mereka berlaku secara fasakh, besar kemungkinan terdapat isu-isu seperti kegagalan memberi nafkah, sejarah pemukulan terhadap pasangan, atau sifat yang tidak setia.
2) Berapa orang tanggungan
Sangat bijak untuk mengambil tahu berapa jumlah anak yang dimiliki oleh si dia dan bagaimana dia bertanggung jawab dengan anaknya. Jika nafkah untuk anak-anak tidak ditanggung dengan baik, penting untuk memahami implikasinya terhadap hubungan masa depan dan potensi keluarga yang baru.
3) Penyelesaian harta sepencarian
Memahami status harta sepencarian adalah penting dalam menilai kestabilan kewangan dan perkahwinan masa depan. Jika si dia mempunyai harta sepencarian yang belum diselesaikan dengan bekas isterinya, ini boleh memberikan impak besar pada perancangan masa depan anda bersama.
4) Tuntutan bekas isteri
Ambil tahu jika bekas isteri mempunyai tuntutan mutaah, nafkah idah, dan nafkah tertunggak. Jika bekas isteri belum membuat tuntutan tersebut, besar kemungkinan beliau mempunyai hak untuk melakukannya di masa depan dan anda perlu bersedia dengan situasi tersebut.
5) Sejarah perkahwinan si dia
Betul. Peristiwa lama tidak seharusnya dikenang tetapi juga penting untuk bakal isteri mengetahui sejarah perkahwinan si dia. Salah satu aspek yang perlu diambil tahu adalah berapa kali si dia telah berkahwin. Jika ini adalah penceraiannya yang pertama, mungkin tidak perlu terlalu bimbang. Namun, jika bakal isteri ini sendiri merupakan perkahwinan yang ketiga atau keempat, mungkin anda sudah tahu sendiri apa yang perlu dilakukan.