Ceramah PN di Sungai Bakap tak laku, pusat khidmat pun tutup

Tular di media sosial perkongsian sejumlah foto sebagai gambaran kecundangnya Perikatan Nasional (PN) dalam PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai nanti.

Ceramah kelompok anjuran PN hanya disaksikan beberapa perakam video dipercayai jentera parti itu sahaja.

“Kalau macam ni punya ceramah baik buat dalam Google Meet saja,” perli pengguna X,
@zass_hot1.

Terdahulu, heboh dakwaan bahawa Pas bergaduh sesama sendiri ketika parti itu bergelut untuk mempertahankan kerusi yang baru sekali dimenangi PN menerusi Allahyarham Nor Zamri Latiff.

Jentera pilihan raya Pas juga dilihat lesu lantaran menyedari kemenangan di Sungai Bakap tidak akan menumbangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bahkan, jika calon PN, Abidin Ismail yang dipersoal kelayakan akademik itu menang sekalipun, majoriti dua pertiga tidak terkesan.

Pada masa ini, 27 kerusi dikuasai Pakatan Harapan (PH) dan BN pula menguasai dua kerusi daripada 40 kerusi DUN.

Pas yang hanya mula bertanding di Sungai Bakap pada 2018 seperti terkontang kanting tanpa sokongan Bersatu yang tanpa boikot memang diketahui ‘miskin’ jentera pilihan rayanya.

Malah, dikatakan sesama Pas juga berkelahi hingga wujud tindakan boikot lantaran tidak puas hati dengan ‘calon ISO’.

Abidin sebagai calon PN yang diuar-uarkan Timbalan Presiden Pas Pusat, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memiliki ISO 14001 tahun 2015 juga dilabel sebagai ‘calon wahyu’.

Terjemahan kepada rasa tidak puas hati sesama Pas itu dapat dilihat pada penutupan Pusat Khidmat yang menjadi Bilik Gerakan sempena PRK Sungai Bakap sejak hari penamaan calon lagi.

BACA JUGA Anak-anak perempuan siapa merenyam dan ganas ni? Tampar pelajar Tingkatan 1 hanya kerana berebut teman lelaki