Cermin sisi dari lori 1 tan, makcik ini terima ‘thumbs up’ dari polis dan JPJ

Makcik ini telah menarik perhatian pengguna jalan raya apa tidaknya dia telah mengubah suai cermin sisi motosikalnya yang kecil kepada besar gedabak.

Dikenali sebagai Siti Aminah Abdullah, 49, memberitahu bahawan cermin sisi itu sebenarnya daripada lori 1 tan yang diubahsuai suami sebelum dipasang.

Semenjak dia membeli motosikal ini pada 2010, sejak itu memang skuter ini guna cermin sisi besar, namun baru-baru sahaja ia mula tular.

Malah, siapa yang bertembung dengannya di jalan raya pasti mencuit hati malah ragamnya itu dirakam dan sudah dua kali tular di media sosial.

Siti Aminah berkata, dia tidak pernah mencari populariti atau mahu mencuri perhatian dengan komponen bersaiz besar berkenaan, sebaliknya lebih selesa menunggang skuter Yamaha Ego S itu.

Anak jati Ipoh, Perak itu berkata, dia memang berulang-alik ke kiosk tempatnya meniaga di Stesen KTM Senawang, di sini, menggunakan skuter yang dibeli sejak 14 tahun lalu itu.

Tambahnya, setiap kali berhenti di lampu isyarat, pasti ada pengguna jalan raya lain yang akan tertumpu pada cermin sisi dan nombor pendaftaran skuternya.

“Ada juga individu yang berswafoto dengan motosikal ini ketika saya parkir. Pernah juga polis atau JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) yang memujinya dengan memberikan ‘thumbs up’ atau ‘salute’,” katanya.

Baca juga: Pewaris perlu 50 warga Austria untuk agih harta pusaka bernilai RM127 juta