Menjelang hari kelahiran puteri kepada usahawan Datuk Seri Vida yang ke 19, Cik B mengejutkan ramai dengan membeli sebuah kereta mewah jenama G Wagon Brabus G63.
Bangga dengan segala yang dicapainya selama ini, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin turut mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang telah menyokong serta mendorongnya selama ini.
Cik B juga mengatakan tanpa kehadiran dan bantuan ibunya, dia tidak mungkin berjaya memiliki kereta yang diidamkan itu.
“Bulan Mei ini adalah bulan kelahiran saya iaitu 19 Mei jadi saya beli kereta Brabus Original.
“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada mama (Vida) sebab kalau tiada dia bersama saya, saya tidak akan dapat kereta G Wagon Brabus G63 original ini.
“Terima kasih sangat mama, sayang mama dan selamat hari lahir untuk saya,” katanya.
Cik B berkongsi hantaran tersebut di instagramnya serta akaun Tiktok miliknya sendiri.
Tak cukup dengan itu, anak perempuan tunggal usahawan itu juga menayangkan nombor plat kereta yang ditempah khas sempena namanya.
Vida bagaimanapun turut meluahkan rasa bangga melihat pencapaian yang dimiliki oleh Cik B.
“Cik B beli nombor plat CB. Cik B anak hebat nombor 1, Cik B bisnes nombor 1, Cik B kekayaan nombor 1.
“Mama yang terkejut ingatkan datang nak dapatkan apa benda tetapi rupanya beli kereta sendiri,” ujarnya.
Menerusi ruangan komen, rata rata pengguna media sosial memuji sikap hebat Vida yang sering memuji anaknya dan berkat kata-katanya itu ia menjadi satu doa.
“Inilah hasilnya bila mak selalu doakan yang baik-baik untuk anak walaupun dalam keadaan apa sekali pun.
“Mak (Vida) dia selalu cakap Cik B anak mama yang hebat, kata-kata itu doa. Tahniah jaga mak elok- elok.
“Anak mama yang hebat, itulah ayat dari mulut mak dia dari dulu lagi. Tahniah Cik B dapat kereta baru,” tulis netizen.