Cikgu ditahan selepas cabul pelajar tingkatan dua. Seorang guru sebuah sekolah agama di sini ditahan selepas memcabul pelajar perempuan.
Suspek berusia 36 tahun ditahan diperkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai jam 2.30 petang semalam susulan laporan polis dibuat mangsa pada hari sama.
Memetik Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata suspek dikatakan melakukan kejadian itu sebanyak tujuh kali pada 2020 sehingga Januari tahun lalu.
“Menerusi laporan yang dibuat, mangsa ketika itu berusia 14 tahun mengatakan pada Mac 2020 semasa berada di hadapan Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), mangsa terserempak dengan gurunya.
“Guru terbabit kemudian memaksa mangsa masuk ke dalam keretanya dan meraba badan serta mencium mangsa beberapa kali.
“Pada Mei 2020 pula ketika mangsa berada Kampung Mambong di sini, mangsa juga diganggu oleh guru berkenaan dengan gambar lucah yang dihantar melalui WhatsApp,” katanya.
Muhamad Zaki berkata, mangsa turut memaklumkan kejadian sama berlaku Januari tahun lalu apabila suspek melakukan amang seksual terhadap mangsa dalam kawasan sekolah.
Susulan laporan dibuat mangsa, pihak polis menahan suspek iaitu guru Matematik dan Sains petang semalam.
Baca Juga: Kembali kerja di pejabat atau letak jawatan – Elon Musk
Baca Juga: “Kerja kami stress layan budak” – Luahan pembantu taska dibelenggu isu gaji rendah