Cikgu ini terkejut tengok “chat” pelajar darjah 2 dengan teman lelakinya, parah!

Perkembangan teknologi tanpa batas pada ketika ini menawarkan pelbagai manfaat kepada manusia khususnya untuk berkomunikasi secara lebih meluas dengan keluarga atau rakan-rakan yang berada di seluruh dunia.

Memetik dari Siakap Keli, seiring dengan teknologi moden itu, penggunaan telefon pintar juga menjadi satu keperluan yang wajib dimiliki oleh setiap orang. Ditambah pula dengan pandemik yang melanda sejak dua tahun lalu, telefon pintar menjadi peranti penting yang memudahkan urusan harian pengguna.

Bagaimanapun, penggunaan telefon pintar juga mempunyai implikasi yang buruk terutama kepada anak-anak kecil.

Jika tidak dikawal dengan sebaiknya, anak-anak seawal usia lapan tahun mungkin akan terjerumus dalam pelbagai masalah sosial yang tidak pernah dilihat dalam generasi sebelum ini.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu perkongsian seorang guru di Facebook yang terkejut setelah memeriksa telefon pintar anak muridnya.

Menerusi perkongsian Suziana Basa, anak muridnya yang berusia lapan tahun itu telah mempunyai teman lelaki.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Penangkapan handphone budak darjah 2 hari ini terus membuka mata sendiri untuk check handphone anak sendiri. Seram pula tengok budak darjah dua sekarang.

Ni antara budak yang sunyi masa PDPR, tapi RANCAK pula di group whatsapp single dan taken

Bah ibu ibu bapa bapa, jangan lupa check hp anak kita.

WAKE UP CALL FOR IBU-BAPA

Dalam kirimannya yang lain, Suziana berkata dia sedih bila mengenangkan anak-anak pada zaman sekarang.

“Saya tidak salahkan sesiapa melainkan kita sendiri sebagai ibu bapa yang kurang peka dan leka tentang hal yang dianggap kecil ini. Mungkin tujuan kita memberi gajet untuk anak-anak untuk memudahkan proses PDPR.

“Tapi kita lupa atau lalai untuk terus memantau. Kadang-kadang ada yang sampai ketagih dan tidak boleh hidup tanpa handphone? Apa tindakan kita sebagai ibu bapa? Putus asa? Ya kebanyakan,” katanya.