Dari hujung tahun lepas, kecoh berkenaan kehilangan seorang jemaah umrah yang dikenali dengan nama Cikgu Musthafa Kamal Abdullah yang hilang secara tiba-tiba dari biliknya.
Ahli keluarganya juga muncul dalam Malaysia Hari Ini bagi mendedahkan kronologi kehilangan bapa mereka pada disember lalu.
Cikgu Musthafa berangkat ke umrah bersama anak lelakinya namun Muaz hanya pulang ke Malaysia seorang diri dalam keadaan ayahnya yang hilang entah kemana.
Setelah menunggu selama enam bulan, akhirnya berita tentang ayah yang dikasihi telah tiba.
Sebuah panggilan dari Kedutaan Arab Saudi mengesahkan bahawa pendidik Sekolah Rendah Parit Raja, Johor itu telah menghembuskan nafas terakhir pada 13 Februari lalu.
Walaupun kecewa kerana proses pengesahannya agak lewat, mereka sekeluarga bersyukur kerana ayahnya meninggal dalam keadaan berihram dan di dalam bulan rejab.
Mereka sempat menunaikan solat ghaib selepas sembahyang jumaat yang lepas dan kini masih menanti lokasi dan punca kematian Cikgu Musthafa.