Cikgu SK Balar kongsi saat terjatuh, tergolek tetap tersenyum dan bersemangat walau bergadai nyawa sekalipun

Saat terjatuh dan tergolek tetap tersenyum dan bersemangat walau bergadai nyawa untuk pulang ke rumah sempena cuti sekolah yang sedang berlansung ketika ini.

Melalui pejalanan yang jauh antara cabaran getir yang terpaksa ditempuhi sekumpulan guru yang mengajar di sekolah pedalaman Sekolah Kebangsaan Bakar, Pos Balar Gua Musang.

Guru-guru ini mengajar anak Orang Asli suku Temiar juga terpaksa bertabah dengan kemungkinan kenderaan dinaiki rosak. Malah nyawa juga dipertaruhkan dalam banyak keadaan sepanjang perjalanan termasuk mengusung motosikal mengharung arus sungai selepas hujan lebat.

Detik-detik itu turut di kongsi bersama seorang guru dari SK Balar melalui Facebooknya Ben Zaid yang juga guru mengajar di sekolah terbabit.

Aku kongsikan photo perjalanan pulang hari ini.

Minggu terakhir sebagai penutup sesi persekolahan 2023. Tahun ke-3 aku di sini maka banyaklah juga kenangan dan pengalaman yang aku kutip sepanjang menjadi pemastautin di sini.

Pos Balar, wilayah terdampar jauh di hutan belantara tapi penuh dengan cerita yang indah untuk di kongsi.

Ada hal yang mengembirakan maka sudah pasti ada hal yang duka. Ada yang kembali ke negeri abadi dan ada juga yang kembali ke hilir. Maka yang tinggal inilah tetap begini meneruskan rutin kehidupan dan perjuangan yang takkan pernah selesai.

@cikguoffroad

Minggu terakhir persekolahan 2023. Selamat bercuti buat anak didik yang aku sayang kesemuanya.Beri peluang cikgu berehat sekejap betulkan urat.Perjalanan balik yang cukup mencabar hari ini.Ada banyak part yang akan aku kongsi.Selamat bercuti buat semua rakan seperjuangan guru guru di pedalaman seluruh Malaysia. Yang kental pasti sampai . #motivasi #inspirasi #cikgubenzaid #cikguoffroad #riderkental #sekolahpedalaman #gurupedalaman #cutisekolah #2023 #ex5malaysia

♬ pelengkap hidupku – MUBAILOVERSKALBAR

Banyak babak dalam cerita penulisan aku yang agak kendur tahun ini di sebabkan aku beralih ke media yang lain namun di sinilah aku bermula.

Cerita dan kisah benar kami yang mungkin tidak semua orang boleh melalui dan merasai. Ada denyut nadi dan rasa yang seiring dengan bait-bait tulisan aku.

Selang seli aku gambarkan keindahan alam hijau serta dinginnya rasa dan suasana di sini. Ada ketika aku lukiskan dengan bait tulisan bahawa bukit dan gunung menjadi saksi perjalanan kami meredah denai dan lorong sempit.

Saat ketika, terjatuh dan tergolek namun begitulah kami sentiasa tersenyum dan terus tersenyum.

Ada perhentian buat kami dan tempat inilah kekal di bulan dan tahun mendatang selagi kami berada di sini. Hilang lelah dan haus di mana Sungai Buloh terletak.

Lepas segala amanah bila sujud tunduk di Sungai Ara. Hati berbunga bila melintasi Sungai Barong dan ketika dinding papan dan buluh mula kelihatan itu tandanya kami adalah tetamu kekal yang di kenali rakyat jelata di sini.

Terkenang bila si anak kecil yang polos melambai seperti rumput lalang di tiup angin.

Ada suara kecil memanggil bagaikan angin gemersik menerpa daun dan pohonan rimba.

Melintasi mereka, ada riuh seaneka suara memandang kami. Mereka angguk kami pun aggguk. Itu tanda hormat menghormati kerana kami hadir menjadi satu masyarakat.

Tahun mendatang entah apa kisah dan cerita moga ada yang lebih baik menanti. Biar ada terukir indah di hujung cerita anak-anak polos ini ke mercu kejayaan.

Seperti mana pohon tinggi tumbuh melata seperti itu juga hasrat dan impian kami untuk mereka. Doa kami sentiasa mengiringi kamu semua anak-anak yang polos.

Terima kasih buat kalian yang selalu membaca tulisan dari aku. Aku hanya berkongsi rasa dan berkongsi cerita.

@cikguoffroad

Kisah suka duka kami guru pedalaman .Biar kenangan jadi ingatan. Terima kasih kalian sudi meluangkan masa menonton VTT aku.Aku hanya berkongsi rasa dan berkongsi kisah.Moga jadi penguat semangat dan inspirasi buat kalian.Susah kita mungkin ada lagi yang lebih susah demi mencari rezeki dan sesuap nasi.Maka bersyukurlah kita masih ada di bumi pinjamanNya.Terima kasih semua. #cikgubenzaid #cikguoffroad #gurupedalaman #yangkentalpastisampai #pengalamanaku #education #posbalar #malaysia #education #ex5malaysia #cutisekolah #sekolahpedalaman #riderkental #sharingiscaring

♬ original sound – lirik lagu⏯️⏏️◀️ – lirik lagu⏯️⏏️◀️

Percayalah, setiap bait aku tulis adalah ikhlas dari mata hati aku bersaksikan hutan rimba hijau memukau. Maka, selagi nafas selagi kudrat di beri kami akan tetap begini.

Begitulah.

Perjalanan hari ini sungguh mencabar. Motor dengan hal motor manakala 4×4 pula dengan hal mereka. Mereka masih di hutan kerana ada yang tercabut tayar. Aku dan rakan pula baru menuju pulang ke Kota Bharu. Hujan masih merintik membasah bumi.

Tetap semangat demi keluarga tercinta.

Aku, cikgu & Fi Kambing demi anak bangsa
Pos Balar, Gua Musang Kelantan

Baca juga: Ditipu syarikat daripada China, menantu dan mentua rugi hampir RM1 juta