Cikgu suruh bawa gambar Rafflesia, murid nekad gunting dari duit RM10

“Cikgu pesan bawa 5 keping gambar bunga Rafflesia esok. Ini baru guntingan yang ke-empat, mak dah naik hantu. Kalau lima keping dah 50 ringgit ya anak,” Itulah luahan si ibu yang terkejut dengan tindakan anaknya menggunting duit RM10 di rumah.

Ini semua gara-gara arahan cikgu di sekolah yang menyuruh setiap murid membawa 5 keping gambar Rafflesia ke sekolah.

Anak murid begini kadang-kadang sukar dijangka sel sel otak yang makin kuat terhubung.Mereka selalunya mempunyai daya pemikiran di luar jangkaan orang dewasa.

Menerusi hantaran Facebook Geng Suri Rumah, duit not itu dipotong selepas apabila si anak perlu membawa gambar bunga Raflessia sebanyak lima keping ke sekolah.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran Facebook itu telah mendapat lebih 15,000 tanda suka, 1,000 komen dan 1,700 perkongsian semula daripada warganet.

Ramai netizen terkesima dengan pemikiran luar kotak kanak-kanak tersebut.

Tidak mahu susahkan ibu bapa, si anak mengambil inisiatif sendiri — yang menyebabkan empat keping not RM10 tidak boleh dipakai buat masa ini.

“Cikgu lupa pesan jangan gunting bunga Rafflesia dekat duit RM10 itu,” ujar orang ramai.

Baca; Media Vietnam namakan Park hang Seo sebagai coach baru Harimau Malaya