Cikgu begitu teruja apabia melihat mesin asah pensel gerak sendiri. Ya…zaman cikgu dahulu belum ada lagi mesin asah pensel automatik semua benda sudah semakin canggih tidak kiralah barangan elektronik atau apa saja.
Imbau kembali zaman sekolah generasi kita dulu pengasah pensel dijual dengan harga murah serendah RM0.20 saja.
Pasti semua pernah melalui kenangan mengasah pensel di tong sampah belakang kelas beramai-ramai bukan?
Namun, tular pula sebuah video ini memaparkan seorang cikgu teruja mencuba pengasah pensel moden anak muridnya telah mencuri perhatian ramai.
Cikgu tak pernah jumpa pengasah pensel jenis moden, seronok pula bila anak murid ajar cara guna.
Menerusi perkongsian video daripada @tcer_linna, kelihatan cikgu itu baru saja selesai mengajar anak murid di dalam kelasnya.
Menurutnya, sebaik saja anak murid menyiapkan dan menghantar latihan yang diberi, dia terdengar bunyi mesin pengasah pensel yang dibawa oleh salah seorang daripada mereka.
Dengan penuh rasa teruja, cikgu tersebut seronok mengasah pensel anak muridnya kerana bunyi mesin itu dan kecanggihannya.
“Abang dulu pakai pisau je dikk. Ade modal sikit baru beli pengorek yg bulat ada cermin tu. Aku ingat yang jenis pusing-pusing tu dah cukup canggih dah” – Netizen.
Bac juga: Mati selepas 24 jam peluk Islam, lelaki ini mahu dikebumi di masjid