Cili Pepper X dinobat ‘terpaling’ pedas dalam dunia, ambil masa 10 tahun untuk dicipta

Cili Carolina Reaper tidak lagi dianggap sebagai cili paling pedas di dunia selepas seorang petani memperkenalkan lada Pepper X, demikian menurut Guinness World Records seperti yang dilaporkan oleh portal berita UPI semalam.

Berdasarkan data dari Universiti Winthrop di Carolina Selatan, cili Carolina Reaper mencatatkan bacaan 1.64 juta Unit Pedas Scoville (SHU), sementara Pepper X merekodkan purata 2,693,000 SHU.

Sehubungan dengan itu, Guinness World Records secara rasmi mengumumkan Pepper X sebagai cili terpedas di dunia.

Pengasas Syarikat Puckerbutt Pepper dan pencipta cili Carolina Reaper, Ed Currie, melancarkan Pepper X di saluran YouTube popular, First We Feast.

Dia menyatakan bahawa dia memerlukan 10 tahun untuk mengembangkan cili yang sangat pedas ini.

Pada masa kini, Pepper X tidak dijual secara komersial, tetapi orang awam boleh mencubanya melalui sos pedas Pepper X yang dijual di pasaran.

Baca juga: Jangan sampai suami lari! Doktor kongsi 5 jenis bau miss V yang ‘kronik’..boleh buat pengsan baunya