Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa tahu’, Wanita tak sangka cincin dibeli RM47 di pasar karat sebenarnya bernilai RM3 juta
Beli Cincin Harga RM47, Pemilik Terkejut Mengetahui Nilai Sebenarnya Dan Berjaya Jual Harga RM3 Juta Lebih!
Cincin berlian yang dibeli dengan harga 10 euro (RM47) semasa jualan garage pada 1980 telah dijual balik dengan harga lebih RM3 juta ringgit!
Pemilik cincin tersebut tidak pernah menyangka bahawa cincin yang dibeli dengan harga sangat murah itu adalah berlian 26 karat sebenar dan digelar sebagai ‘The Tenner Diamond’.
Dia memakai cincin tersebut dengan kerap walaupun ketika menjalankan kerja harian. Pun begitu, pada awal tahun lalu, dia memutuskan untuk memeriksa keaslian cincin tersebut selepas menyedari bentuk cincin itu sangat unik dan luar biasa.
“Cincin itu tidak berkilat dan agak pudar, tapi ia tidak seperti cincin berlian yang pernah saya lihat. Ia istimewa.”
Pakar telah mengesahkan bahawa cincin berbentuk kusyen itu adalah asli, ia merupakan berlian 26.27 karat serta dikatakan telah dibuat pada abad ke-19.
Wanita itu terkejut dan mengambil keputusan untuk menjualnya. Cincin itu telah dibawa ke London untuk dibida dan telah ‘dirampas’ dengan 670 kali ganda daripada harga yang telah dibeli di jualan garage tersebut.
Baca juga: Kena sihir, sakit sangat-Diva AA terasa seperti badan dibakar