Cincin tersangkut pada kemaluan lelaki di Ipoh

Entah apa yang difikirkan oleh lelaki ini. Jarang dibuat orang sarung cincin pada kemaluan.

Namun itulah yang kejadian yang berlaku di Ipoh apabila seorang lelaki berusia 37 tahun ‘menyarungkan’ cincin pada kemaluannya mengundang padah apabila aksesori tersebut tidak dapat ditanggalkan sehingga terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba.

Memetik dari Kosmo, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat berhubung kejadian itu diterima pihak bomba pukul 9.14 pagi tadi.

“Anggota menggunakan peralatan khas bagi memotong cincin yang tersangkut. Operasi hampir sejam dijalankan secara berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan.

Mangsa diserahkan kepada pihak hospital selepas cincin itu ditanggalkan,” katanya di sini hari ini.

Baca: Lelaki batal saman selepas terima ayam bakar sebagai pampasan